Pages

Saturday, 3 March 2018

AKTIVITI CNY 2018





Assalamualaikum.. haiii..πŸ™†πŸ™‹ now aku nak kongsi skit apa yang aku buat sepanjang cuti CNY baru- baru ni..✌  tak dak la nak cita semua.. aku cerita yang menarik ja la..πŸ™Š
kolej matrikulasi Kedah bercuti selama 9 hari.... jadi aku tidak  melepaskan peluang untuk mengisi masa lapang aku sepanjang cuti ni.... Of course laa kita balik spend masa dengan family.πŸ’– terutama sekali abah aku dan my sistarr..πŸ’Ÿ memang la melepaskan rindu yang tak terkira.. walaupon kalau dok dekat-dekat asyik nak gaduh ja..😎 tapi kalau dengan rindu dok jauh ni... tak la nak kata.. dengan dok buat sesi luahan perasaan masing-masing.😜😜 my abah of course lah kalau aku balik nak makan yang ni la yang tu la.. so aku layankan ja la my abah nak makan apa.. bahan masak semua abah yang beli so aku ni jadi chef ja la.πŸ™ŒπŸ™Œ

ada jugak part aku p jejalan dengan kawan. orang Kelantan kata derak..πŸ˜‹ hahah.. pergi la spend masa dengan kawan. pergi makan, shopping, tengok wayang dan cuci-cuci mata. Ada hari pergi Aman Central..😁😁 tinggal kat Sungai Petani berjalan sampai Aloq Staq tu. Tak dak la jalan kaki kan..πŸ˜‚ Tapi nak cerita kata jauh tu berjalan. Makan kat Seoul Garden tu la best.πŸ’• Hahahah. Menghabiskan duit.. Tapi my sistar kata habis duit sebab makan tak pa..Tapi still ingat nak bawak balik kat abah baju Polo Club satu kat abah..πŸ’“πŸ’“ Ok .. Dah sudah menghabiskan duit, balik lah rumah dok dediam..πŸ’† Ada la keluar pi beli barang dapoq kat tesco, econsaves dan ikan tepi rumah.. Hahahaha.. πŸ’ƒπŸ’ƒ

Kembalilah jadi chef tak berbayar.. Tak pa saya dengan suka rela nya menyandang jawatan itu.πŸ™‡πŸ™‡ Bukan selalu nak bagi my abah makan air tangan kita.. Bukan setakat air tangan nak bagi kalau boleh dengan air kaki pon nak bagi.. huhuhuhu.. Tapi tak boleh sat gi anak derhaka pulak.. Masuk paper tak pasai ja..πŸ’


Sebenar nya balik ni ada  misi.. Misi aku adalah untuk mengembalikan berat badan my abah yang dah susut sangat.✌✌ Sebab dia dok diet jaga badan lah konon nya, pahai kita tau dia tak suka makan kat kedai..πŸ‘€ Takpa abah itu bagus, tak mak cik Petani tu nati dok ngorat abah😑😑bukan nak marah kalau abah nak cari pengganti... Kita tau abah sunyi dok sorang kat rumah.. Tapi biaq la yang elok sikit nak jaga abah.. Ok dah cukup mengarut.. Misi tadi nak naikkan berat badan abah.. So must cooked very well.. Sebab nak tambah selera abah... hahahah..πŸ™ˆπŸ™ˆ Tak sia-sia abah makan banyak ari tu.. Suka tengok.. 
Walaupon aku masak kari telur dengan kentang ja pon..πŸ˜„ Abah makan dengan jayanya.. Hahahah... Tu masak simple, kalau time masak yang hebat sikit.. Abah makan lagi lahh... Seronok tengok abah makan tak boleh nak kata perasaan ini......... 😌😌kata tadi masak hebat kan?? Masak sotong pulut ja pon..πŸ’ Biasa lah abah aku suka sotong.. hehehehe.. 
Petang-petang naik laa moto ronda-ronda..🚴🚴 Boleh lepas gian jadi minah rempit masa cuti.. Hahahah.. Naik moto lagi nikmat bila ronda dari naik kereta.. Menikmati keindahan tuhan yang Maha Esa.. Tengah syiok ronda tak sedar yang minyak dah tinggal suku..πŸ˜‚ Nasib baik perasaan.. Masyaallah.. Kalau dak menuntun lah aku ke jalan yang benar.. Hahahahaha... 

Dah cerita.. Sat gi jadi novel pulak.. Itu aktiviti masa cuti CNY.. Kalau ada masa lagi, nanti aku cerita lain... Byee... Assalamualaikum....πŸ™‡πŸ™‡

0 comments:

Post a Comment